Pages

LIFE

MENCARI KEBAHAGIAN HIDUP

Wednesday, January 7, 2009

Romantisme, Positisme & Materialme????

PENDAHULUAN

Sejarah sains sosial bermula sejak zaman Yunani, kira-kira 2600 tahun dahulu, iaitu sebelum abad ke-4 masihi. Orang Yunani dikatakan orang yang pertama memperkenalkan konsep dan teori yang rasional dan logikal untuk menerangkan sesuatu kejadian dalam masyarakat. Antara tokoh-tokoh Yunani yang terkenal pada masa itu ialah Plato, Aristotle, Socrates dan Archemes. Penyebaran falsafah rasional dan satu himpunan pengetahuan baru yang mengandaikan segala benda di alam nyata boleh diselidiki dan dikaji secara sistematik dan objektif seperti sains tulen. Sejak itu, sains sosial yang didasari oleh falsafah rasional berkembang mengikut tiga zaman utama, iaitu Zaman Pertengahan (Middle Ages 500-1500), Zaman Kelahiran Semula (Renaissance 1450-1650) dan Zaman Pencerahan (Enlightment 1650 hinga abad ke-19). Ketiga-tiga zaman ini mempunyai banyak cabaran yang dihadapi. Perkembangan sains sosial terbantut di Zaman pertengahan tetapi dikembangkan semula di Zaman Renainssance dan Zaman Enlightment.

Pada Zaman Pencerahan, para pemikir menganggap penaakulan sebagai satu kuasa intelektual yang penting dan boleh membantu manusia menganalisa informasi tentang alam nyata, menentukan kebenaran dan mentransformasi masyarakat supaya menjadi lebih baik dan sempurna. Minda orang Eropah pada ketika itu bebas daripada dikuasai gereja. Keyakinan orang terhadap sains dan kaedah sains untuk mendapatkan pengetahuan semakin meningkat. Antara pemikir yang popular pada Zaman Pencerahan ialah Adam Smith, Saint Simon dan Mary Wollstonecraft. Manakala pemikir ekstrimis adalah Voltaire, Kepler dan Rousseau. Berikutan dengan perkembangan itu, akhirnya sains sosial dimantapkan dan dipertingkatkan pada Zaman Pencerahan mulai abad ke-17 sehingga abad ke-19. Sains dimartabatkan sebagai ilmu pengetahuan (bukan agama, bukan tradisi), juga penekanan diberi mengenai peri pentingnya logik atau penaakulan dalam proses pencarian pengetahuan.


Sepanjang abad ke-19 iaitu Zaman Pasca-Revolusi, terdapat pelbagai isu yang yang dikemukakan oleh para pemikir. Isu yang dibangkitkan pada zaman tersebut adalah antara usaha untuk memodifikasi idea zaman Pencerahan dan penirian tentang peranan sains dalam masyarakat. Walaubagaimanapun, idea Zaman Pencerahan sukar diterima sepenuhnya kerana terdapat pemikir yang mengemukakan idea mengenai pandangan rendah terhadap unsur-unsur rasional (seperti emosi, imaginasi, ilham dan tradisi sebagai sumber ilmu pengetahuan), pandangan mekanistik tentang masyarakat (masyarakat yang dianggap sebagai mesin) dan kecenderungan memberi penjelasan tentang masalah sosial tanpa pemerhatian sistematik dan eksperimen. Antara teori yang dikemukakan pada zaman tersebut ialah Romantik-Konservatif, Positivisme dan Materialisme Sejarah (Historical Materialism). Terdapat perbezaan di antara ketiga-tiga fahaman tersebut yang dapat dilihat dari segi ciri-ciri, pelopor, teori, pendekatan, gerakan dan kaedah pemerhatian dan penyelesaian yang digunakan.




ROMANTIK-KONSERVATIF

Kumpulan gerakan Romantik-Konservatif adalah golongan yang tidak bersetuju dengan fahaman pemikir Zaman Penceraham iaitu harapan tinggi pemikir pada zaman tersebut, sikap mengagung-agungkan individu dan kebebasan individu serta kecenderungan mereka untuk merombak secara drastik sistem sosial. Golongan ini sangat menentang fahaman yang dibawa oleh pemikir Zaman Pencerahan yang dianggap cuba untuk melakukan perubahan terhadap sistem yang telah wujud dan sedia ada. Golongan ini juga dikatakan bertindakbalas terhadap rasionalisme (iaitu penjelasan mengikut logik akal) dan empirisme (iaitu penjelasan berdasarkan pemerhatian) secara intelektual. Mereka cuba memberi nilai positif kepada peranan faktor bukan rasional seperti emosi, keimanan dan imaginasi manusia dalam menjana pengetahuan tentang alam nyata.

Kumpulan gerakan ini juga menyokong daya kreatif individu dan usaha dijalankan untuk membebaskan minda masyarakat daripada dibelenggu oleh peraturan-peraturan yang boleh menyekat pemikiran mereka. Mereka turut menghidupkan semula minat masyarakat terhadap agama, puisi, seni dan sastera. Di samping itu, mereka lebih menggalakkan penelitian semula isu-isu yang berkaitan dengan perubahan dan kestabilan agar pembaikan masyarakat dilakukan atau dilaksanakan secara reformasi dan bukannya melalui cara revolusi.

Antara pemikir gerakan ini ialah Louis de Bonald dan Joseph Maisttre. Mereka telah mengasaskan sistem falsafah baru iaitu Catholic Counter Revolutionary Philosophy. Mereka menganggap penggunaan kaedah penaakulan sebagai sumber ilmu yang inferior. Selain itu, mereka menyatakan bahawa tamadun manusia bermula daripada wahyu dan tindakan Tuhan (Providence) dapat dikesan dalam kehidupan manusia melalui proses sejarah dan hokum sosial. Kesenian, kesusasteraan, rekabentuk dan sebagainya diilhamkan Tuhan dan merupakan bentuk pengucapan masyarakat. Mereka juga menganggap wahyu sangat penting sebagai sumber pengatahuan kepada masyarakat.


POSITIVISME

Berbeza pula dengan gerakan Romantik-Konservatif, falsafah Positif (Positivisme) menawarkan falsafah sains (philosophy of Science) iaitu kaedah berdasarkan pemerhatian sistematik dan eksperimen. Falsafah yang popular ini dipelopori oleh Auguste Comte (1789 hingga 1857) yang berasal dari Perancis. Antara saranan atau idea yang beliau kemukakan ialah berkaitan dengan kaedah saintifik yang dianggap penting di dalam memberi pengetahuan tentang hukum-hukum yang mendasari kehidupan dan perubahan. Comte melihat sebuah hukum sejagat yang wujud di kesemua bidang sains dan menggelarkannya sebagai hukum tiga fasa. Berikut merupakan kenyataan beliau yang amat dikenali di dunia berkaitan dengan hukum yang diperkenalkan:

"bahawa masyakarat melalui tiga fasa: Teologi, Metafizik dan Sains. Beliau juga memberikan nama "Positif" kepada yang terakhir itu kerana konotasi makna yang berbilang untuk perkataan itu".

Fasa teologi diperlihatkan dari sudut pandangan Perancis abad ke-19 sebagai mendahului Zaman Pencahayaan di mana kedudukan manusia dalam masyakarat dan sekatan masyarakat yang dikenakan pada manusia adalah berdasarkan kekuasaan Tuhan. Pada fasa ini segala kepercayaan dalam semua aspek adalah merujuk kepada kuasa Tuhan. Tuhan dikatakan, telah memerintah manusia dan wujud sebagai yang tertinggi pada zaman Pencahayaan.

Menurut Henry Aiken (1956), tahap pertama atau teologi yang dinyatakan oleh Comte adalah dibezakan oleh mentaliti di mana ia berfikir mengenai sesuatu perkara sebahagian besarnya adalah berdasarkan minda manusia itu sendiri. Oleh kerana itu kewujudan sifat semulajadi perasaan dan kemahuan dianggap sebagai ciri-ciri tindak balas terhadap mentaliti manusia. Pada peringkat ini segala pemikiran cenderung kepada animistik dan antropomorfik, yang melihat semua perkara berdasarkan tujuan, kehendak, serta semangat, yang memperlihatkan penjelasan mengenai sesuatu kewujudan berdasarkan tujuan kuasa tersebut menyebabkan sesuatu berlaku.
Ia adalah disebabkan oleh kesedaran teologi iaitu yang menyedari perbezaan yang tidak jelas antara persoalan yang berkaitan dengan “Bagaimana?” dan “Mengapa?”, dan oleh sebab itu terdapat perbezaan yang tidak jelas juga di antara apa yang kita katakan sebagai “penjelasan” dan “justifikasi”. Daripada sudut pandangan ini, dunia dikatakan mempunyai “mythically” sebagai sebuah kuasa yang menyemarakkan sesuatu tujuan kepada pemikiran yang efektif di mana terdapat “sebab” mereka untuk bertindak seperti apa yang mereka lakukan. Dalam keadaan yang lain, semua kewujudan yang ada pada peringkat ini merupakan sesuatu yang bernyawa, dan setiap proses adalah dianggap sebagai satu tindakan. Apa yang berlaku bukan sekadar berlaku; ia adalah sesuatu yang dibuat, sesuatu yang dimusnahkan, atau sesuatu yang dicapai. Sebagai contoh penjelasan mengenai tahap teologi ialah kenyataan asas yang menyebabkan wujudnya sesuatu penyakit atau berlakunya sesebuah kemalangan adalah disebabkan hukuman kepada dosa atau Tuhan yang mewujudkannya sebagai balasan kepada manusia yang melakukan dosa.

Comte juga telah menghuraikannya bahawa di peringkat Teologi juga mempunyai bahagian-bahagian penting. Peringkat pertamanya adalah “fetishistic” di mana objek fizikal diperlakukan sebagai benda hidup yang mempunyai perasaan dan tujuan tertentu. Di peringkat kedua atau “polytheistic”,di mana ianya terjadi dengan mudah beransur-ansur animisme. Pada tahap ini “Tuhan” mempunyai kuasa yang tidak kelihatan atau seakan-akan tidak kelihatan di mana ia menguasai dan mengetuai seluruh kewujudan. Akhir sekali adalah peringkat yang ketiga atau “monotheistic” iaitu tahap yang menjangkaui pengukuhan kuasa dalam bentuk ketuhanan yang seragam, di mana ia dikatakan telah mencipta alam semesta dan memerintahnya sama ada secara langsung atau melalui sesuatu.

Fasa "Metafizik" yang dikemukakan oleh Comte tidak mempunyai perkaitan dengan Metafizik Aristotle ataupun ahli falsafah Yunani yang lain. Bagi Comte, Metafiziknya berakar umbi pada masalah-masalah masyarakat Perancis selepas revolusi pada 1789. Fasa Metafizik ini mengemukakan alasan yang kuat untuk menempatkan hak asasi sejagat di atas kuasa mana-mana satu raja manusia. Bagaimanpun, hak asasi tersebut tidak dirujukkan kepada Tuhan, kecuali secara metafora sahaja.

Menurut Henry Aiken (1956), Peringkat kedua kemajuan intelektual Comte adalah tahap “metafizikal.” Di sini kecenderungan untuk berfikir secara “animistically” telah dilupuskan. Ahli metafizik tidak lagi menganggap alam semulajadi sebagai satu penciptaan indah yang dilakukan oleh Tuhan, kecuali sebagai satu prinsip pertama atau punca yang ia adalah perlu untuk memerintah alam semesta.

Kepercayaan animisme tidak lagi wujud, tetapi gagasan tujuan atau kehendak adalah digunakan pada waktu itu, seperti apa yang dinyatakan oleh Arnold Tonybee sebagai “etherealized”, sehingga ia menjadi hampir lebih daripada satu pemujaraban intelektual. Ia tidak lagi merupakan kuasa yang menjadikan sesuatu benda tertentu bernyawa, kecuali sesuatu yang tidak dipengaruhi “kuasa” kemujaraban yang tidak lagi terdapat di mana saja dalam alam semula jadi.

Ahli metafizik berpendapat dan membayangkan satu “sebab” sebagai penentu perintah alam semula jadi. Kebanyakan ahli metafizik mengenal pasti “sebab” dengan “menyebabkan,” dan melalui taakulan itu sahaja yang mungkin boleh menjelaskan sebab-sebab sesuatu benda. Contoh yang menyokong teori Comte dalam tahap kedua ialah mengenai persoalan yang berkaitan dengan penjelasan asas yang menyebabkan wujudnya sesuatu penyakit atau berlakunya sesebuah kemalangan adalah disebabkan kecuaian manusia.

Peringkat ketiga iaitu tahap positif adalah peringkat terakhir yang muncul apabila apabila semua “masalah-masalah” adalah secara tetap dipintas sebagai sia-sia, dan sains positif sendiri adalah diterima sebagai gedung pengetahuan manusia. Apa yang dimaksudkannya dengan fasa Sains, yang berlangsung selepas kegagalan revolusi dan Napooleon, adalah bahawa manusia dapat mencari penyelesaian untuk masalah-masalah sosial tanpa merujuk kepada Tuhan. Pada hal ini, beliau serupa dengan Karl Marx dan Jeremy Bentham. Pada masa itu, gagasan fasa Sains ini dianggap sebagai mutakhir, walaupun dari sudut pandangan kemudian, ia terlalu dipengaruhi oleh fizik klasik dan sejarah akademik.
Pada peringkat ini “penjelasan” difikirkan semata-mata dalam kaedah hipotesis atau undang-undang yang menghuraikan hubungan-hubungan berterusan yang diadakan di kalangan kelas-kelas yang dapat dilihat dalam fenomena. Pada masa ini manusia hanya boleh menerima "hubungan-hubungan bersebab” yang mempunyai hubung kait yang boleh disahkan di kalangan kelas-kelas fenomena, dan peranan “sebab” adalah terhad secara eksklusif untuk mengenalpasti atau mengesan hubungan-hubungan logik yang wujud di antara hipotesis berdasarkan kajian saintifik mereka sendiri.

Dalam menyatakan peringkat yang ketiga, Comte telah memperkenalkan teori pengetahuannya yang berdasarkan “empirikal,” sebagaimana yang dipraktikkan pada hari ini. Semua pemikiran saintifik, menurut beliau, adalah terikat untuk menerima penerapan ujian sebagai yang nyata dalam memastikan kesahan setiap hipotesis. Tetapi Sains adalah cenderung kepada penerapan laporan-laporan, dan seperti ilmu fizik adalah yang terkenal, bukan sahaja berdasarkan pengumpulan fakta-fakta tertentu, tetapi merangkumi perumusan umum mengenai hipotesis dan teori-teori yang fakta yang yang berkait dengan lain-lain fakta dalam satu cara yang teratur.

Secara kesimpulan di dalam teori positif, Comte menyatakan bahawa masyarakat dilihat sebagai satu keseluruhan seimbang dan harmoni. Masyarakat semacam organisasi (bukan mesin) yang mempunyai bahagian-bahagian yang saling berhubungkait dengan bahagian yang lain. Terdapat bahagian (masyarakat) yang akan berubah lebih cepat daripada bahagian lain, jadi pembaharuan dan reformasi diperlukan untuk memulihkan keseimbangan, kestabilan dan keharmonian masyarakat. Beliau menyatakan bahawa kajian sistematik dan sainstifik adalah sangat penting dan di dalam teori ini lebih mengutamakan penaakulan daripada imaginasi atau emosi seperti mana apa yang diperjuangkan oleh masyarakat yang berfahaman teologi.
elalui pengetahuan yang terkumpul boleh menjelaskan pola-pola dan hukum sosial dengan jelas. Bagi beliau, tujuan sains sosial adalah untuk menjamin pertumbuhan intelektual atau pengetahuan manusia dan mengemukakan cara atau kaedah yang konstruktif untuk mengatasi masalah sosial dan bukan melalui kaedah destruktif. Sumbangan beliau sangat banyak di dalam ilmu sains sosial di mana beliau banyak memperkenalkan bidang-bidang ilmu dalam sains sosial seperti sains tentang masyarakat dikatakan sebagai “sosiologi”. Beliau juga mengiktiraf ketergantungan fenomena-fenomena (interdependence of phenomena).

MATERIALME SEJARAH

Teori seterusnya adalah adalah teori sains sosial umum yang dikenali sebagai material sejarah. Berbeza dengan gerakan Romantik-Koservatif yang menghidupkan kembali minat masyarakat kepada agama, emosi dan tradisi berdasarkan prinsip rasional melalui cabang kemanusiaan manakala falsafah positivisme yang berteraskan kaedah saintifik dan digambarkan melalui tiga fasa iaitu tahap teologi, metafizik dan sains atau positif, teori Materialisme sejarah ini dipengaruhi oleh falsafah negatif pemikir ekstremis pada Zaman Pencerahan. Teori ini dipelopori oleh Karl Marx (Tahun 1818 hingga 1883) iaitu seorang ilmuan dan aktivis politik yang merupakan seorang pemikir yang mencurigai pelaksanaan sistem kapitalis yang wujud pada zaman beliau. Beliau telah mengemukakan teori tentang sejarah dan perkembangan tamadun manusia yang bertentangan dengan Comte.

Antara teori yang dikemukakan oleh beliau ialah semua fenomena sosial mempunyai atau memiliki asas kebendaan (berteraskan material). Manusia dikatakan memiliki bakat, daya kreativiti dan potensi yang boleh dibangunkan tetapi kesedaran sosial (Social consciousness) mereka ditentukan oleh kelas atau kedudukan dalam struktur ekonomi masyarakat. Sistem kapitalis yang wujud telah membantutkan atau menyekat perkembangan potensi, kreativiti dan pemikiran tinggi. Demi mengaut keuntungan dan kekayaan, golongan kapitalis telah membeli dan mengeksploitasi tenaga kerja yang ada. Mereka juga tidak memenuhi keperluan asas tenaga kerja. Begitu juga potensi dan bakat yang dimiliki tenaga kerja disekat daripada terus berkembang maju.

Karl Marx konflik yang wujud di dalam hubungan sosial manusia yang disebabkan oleh proses pengeluaran. Dua kumpulan manusia yang bertentangan dalam proses pengeluaran iaitu teridiri daripada kumpulan pemilik sumber-sumber pengeluaran yang dikenali sebagai “borjuis” dan kumpulan pengeluar atau pekerja ataupun dikenali sebagai buruh yang dinamakan sebagai “proletariat”. Konflik ini berlaku kerana “borjuis” mengeksploitasi para pekerja dengan memberi upah yang sedikit dan keadaan pekerjaan yang tidak memuaskan.

Menurut beliau lagi keadaan yang haru biru ini sebenarnya dicipta atau dihasilkan manusia itu sendiri. Walaubagaimana mereka tidak seharusnya dibelenggu oleh masalah tersebut secara terus-terusan. Mereka perlu bertindak segera bagi membina sistem sosial yang lebih baik daripada sebelumnya. Sistem sosial yang diwujudkan harus tidak mempunyai kelas tertentu dan mendaulatkan kebebasan dan kemanusian bagi mencapai kemakmuran dunia. Beliau mencadangkan agar sistem tersebut yang dikenali sebagai Sistem Komunisme. Menurut Karl Marx, Komunisme bukan sahaja satu ideology tetapi merupakan satu gerakan (movement) dan fasa penting dalam proses emansipasi manusia dan pembangunan msyarakat yang sempurna.

Antara kesan daripada falsafah yang diperkenalkan oleh Karl Marx kepada sistem sosial ialah kajian tentang kehidupan masyarakat perlu diambil kira prasarana ekonominya (anatomy of society rests on its economic infrastructure). Selain itu, struktuer ekonomi mempengaruhi bentuk-bentuk sosial (Social forms) seperti keluarga, negara, pasar, sistem agama yang dihasilkan dari semasa ke semasa dalam masyarakat (Economic determinism). Penting juga diambil kira mengenai proses sejarah yang menganggap manusia adalah hasil daripada searah.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, permulaan sejarah sains sosial telah membawa kepada perkembangan ilmu pengetahuan seterusnya melahirkan ramai ahli falsafah dan pemikir yang mengemukan teori-teori atau aliran pemikiran mengikut persepsi masing-masing. Setiap para pemikir mempunyai ideologi atau fahaman tersendiri yang dijadikan asas kepada pengetahuan masyarakat. Pemikiran yang pelbagai inilah yang mewujudkan persamaan dan perbezaan yang ketara di dalam pemahaman mereka mengenai pengetahuan sains sosial. Peningkatan usaha di kalangan sesetengah pemikir Barat untuk memperhalusi, memodifikasi atau menafikan sesuatu falsafah telah memberi pelbagai kesan sehingga wujudnya satu kaedah ilmu sains sosial yang dipraktikkan pada hari ini. Yang jelas terdapat perbezaaan yang ketara di dalam teori-teori yang dikemukakan oleh ahli falsafah terutamanya tiga teori yang cukup popular pada zaman pencerahan dan pasca revolusi iaitu Romantik, Posistivisme dan Materialisme Sejarah.

RUJUKAN

H. Aiken. 1956. The Age of Ideology. The New American Library: New York

F. Baumer. 1965. Intelectual Movements in Modern European History. Collier-
Macmillan Ltd: London

R. Stromberg.1990. European Intellectual History Since 1789. Prentice Hall,
Englewood Cliffs: New जर्सी

Monday, January 5, 2009

moments

A moment like this

Some people wait a lifetime

For a moment like this

Some people search forever


Everything changes but beauty remains

Something so tender I can't explain

Well I may be dreaming but 'til I awake

Can we make this dream last forever